09 April 2009

Study Week...

Pihak admin blog EESA mengucapkan selamat bercuti kepada student yang pulang sempena study week, mungkin untuk merehatkan minda setelah bersunggug-sungguh mengharungi test yang berderet2... Jangan lupa untuk minta restu daripada kedua ayah dan bonda sebelum datang semuala ke UiTM Dungun kerana berkat doa mereka akan menjadi pendorong kejayaan kita semua. 

Bagi yang tidak dapat pulang, mungkin untuk study sebelum final atau terpaksa untuk tidak pulang kerana "Presentation Final Project" terutama untuk student Part 6, semoga berjaya menyiapkan projek anda semua.. Ini kerana projek anda semua akan dijadikan bahan pameran sempena FKE open day.. 
Sebelum berundur, diharap kepada semua student EE dapat membuat persediaan yang rapi untuk final nanti... Semoga result student EE meningkat pada semester ini.. Wassalam...

04 April 2009

Dinner EESA 09'




Salam. Tahniah diucapkan kepada Syazwan and the Gangs (bdk2 part 2) yang telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam EESA. Dengan bertemakan EESA - The Smart Strange, para pelajar FKE dengan segak bergaya and anggun menggayakan pakaian dengan warna merah dan hitam. Majlis berjalan dengan lancar dan para penonton turut gembira dengan persembahan dan juga makanan yang disediakan.. Majlis yang diselang-seli dengan persembahan nyata menarik perhatian penonton apabila ramai bakat-bakat terpendam meluahkan bakat mereka beraksi pada malam tersebut. Ternyata persembahan dari pelajar part1, part 2 dan part 6 serta kumpulan nasyid Al-Aqsa mendapat tepukan gemuruh. Dari segi "gimmick" iaitu prince & princes serta smart guy & girl juga mendapat pujian. Tahniah diucapkan kepada penganjur yang bersusah payah dalam menjayakan majlis ini.

p/s - gambar dan video akan diupload dari semasa ke semasa, sila lihat Picasa Web Album EESA untuk mendapatkan gambar Dinner EESA.
Kepada sesiapa yang ingin gambar mereka diupload ke Webalbum bolehlah menghubungi admin  - 013 - 999 8013.. Tqvm