19 June 2009

Result Final Dec-May 09, tahniah...

Salam, pihak admin EESA mengucapkan tahniah kepada semua pelajar FKE kerana terdapat peningkatan yang agak ketara kerana ramai yang memperolehi result 4.00 (fuyyo hebat giler korang).. Kepada mereka yang mempunyai result yang memuaskan atau rendah, maka janganlah berputus asa dengan keputusan anda, tingkatkan usaha moga2 berjaya pada masa depan... Dengan peningkatan ini, pihak admin menjangkakan bahawa kemungkinan besar En. Ermeey akan menjadi ko-ordinator terbaik MAKA sesi 2 2009.. Amin...


p/s jangan malu2 untuk bertanya daripada orang yang berjaya....

01 May 2009

Al-Aqsa, new demo music released!

Salam, Al-Aqsa a famous Nasyide Group from Electrical Engineering students had been released their new demo music. Consists of two music that are Fikir and Rintihan, these two songs are home-made by their own members and can be downloaded from the right-menu of this blog.. Feel free to listen to the music.. :)


09 April 2009

Study Week...

Pihak admin blog EESA mengucapkan selamat bercuti kepada student yang pulang sempena study week, mungkin untuk merehatkan minda setelah bersunggug-sungguh mengharungi test yang berderet2... Jangan lupa untuk minta restu daripada kedua ayah dan bonda sebelum datang semuala ke UiTM Dungun kerana berkat doa mereka akan menjadi pendorong kejayaan kita semua. 

Bagi yang tidak dapat pulang, mungkin untuk study sebelum final atau terpaksa untuk tidak pulang kerana "Presentation Final Project" terutama untuk student Part 6, semoga berjaya menyiapkan projek anda semua.. Ini kerana projek anda semua akan dijadikan bahan pameran sempena FKE open day.. 
Sebelum berundur, diharap kepada semua student EE dapat membuat persediaan yang rapi untuk final nanti... Semoga result student EE meningkat pada semester ini.. Wassalam...

04 April 2009

Dinner EESA 09'




Salam. Tahniah diucapkan kepada Syazwan and the Gangs (bdk2 part 2) yang telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam EESA. Dengan bertemakan EESA - The Smart Strange, para pelajar FKE dengan segak bergaya and anggun menggayakan pakaian dengan warna merah dan hitam. Majlis berjalan dengan lancar dan para penonton turut gembira dengan persembahan dan juga makanan yang disediakan.. Majlis yang diselang-seli dengan persembahan nyata menarik perhatian penonton apabila ramai bakat-bakat terpendam meluahkan bakat mereka beraksi pada malam tersebut. Ternyata persembahan dari pelajar part1, part 2 dan part 6 serta kumpulan nasyid Al-Aqsa mendapat tepukan gemuruh. Dari segi "gimmick" iaitu prince & princes serta smart guy & girl juga mendapat pujian. Tahniah diucapkan kepada penganjur yang bersusah payah dalam menjayakan majlis ini.

p/s - gambar dan video akan diupload dari semasa ke semasa, sila lihat Picasa Web Album EESA untuk mendapatkan gambar Dinner EESA.
Kepada sesiapa yang ingin gambar mereka diupload ke Webalbum bolehlah menghubungi admin  - 013 - 999 8013.. Tqvm

29 March 2009

Jadual Final Exam.

Untuk makluman semua, jadual peperiksaan akhir dec 08- may 09, telah keluar dan boleh diakses melalui i-student portal. klik sebelah kiri browser seperti gambar ini. 


Jangan lupa untuk print slip peperiksaan, tapi sila login istudent portal dahulu.. kemudian klik pada Examination Slip sebelum print.

09 March 2009

Tahniah!

  Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Aziz yang telah 
dipilih menjadi pensyarah lelaki terbaik sempena MAKA sesi 1 2009 (Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik) atas usaha yang berterusan dan berdedikasi dalam menjadi pendidik di UiTM Terengganu... Kami sebagai warga FKE UiTM Dungun sangat bangga dengan kejayaan yang dikecapi ini.

Recreational Coupled Day

Tarikh: 12 & 13 Mac 2009

Tempat: Stadium Gemilang, UiTM Terengganu.
Aktiviti: Futsal (siswa, siswi dan pensyarah)
Badminton (siswa, siswi dan pensyarah)

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik sahaja.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Tidak mengidap sebarang penyakit kronik.
Futsal
  • 8 orang sepasukan.
  • Yuran penyertaan RM4.
Badminton
  • Regu
  • Digalakkan membawa raket sendiri.
  • Yuran penyertaan RM2.
Penyertaan adalah terhad !!! Hadiah menarik dan LUMAYAN menanti pemenang...

Borang penyertaan boleh diperolehi dari:
  • Fadzlin - RD1 / 314 - 013 299 3971
  • Amirul Izzat Mat Zain - TGB 109 - 013 997 6805