19 June 2009

Result Final Dec-May 09, tahniah...

Salam, pihak admin EESA mengucapkan tahniah kepada semua pelajar FKE kerana terdapat peningkatan yang agak ketara kerana ramai yang memperolehi result 4.00 (fuyyo hebat giler korang).. Kepada mereka yang mempunyai result yang memuaskan atau rendah, maka janganlah berputus asa dengan keputusan anda, tingkatkan usaha moga2 berjaya pada masa depan... Dengan peningkatan ini, pihak admin menjangkakan bahawa kemungkinan besar En. Ermeey akan menjadi ko-ordinator terbaik MAKA sesi 2 2009.. Amin...


p/s jangan malu2 untuk bertanya daripada orang yang berjaya....

01 May 2009

Al-Aqsa, new demo music released!

Salam, Al-Aqsa a famous Nasyide Group from Electrical Engineering students had been released their new demo music. Consists of two music that are Fikir and Rintihan, these two songs are home-made by their own members and can be downloaded from the right-menu of this blog.. Feel free to listen to the music.. :)


09 April 2009

Study Week...

Pihak admin blog EESA mengucapkan selamat bercuti kepada student yang pulang sempena study week, mungkin untuk merehatkan minda setelah bersunggug-sungguh mengharungi test yang berderet2... Jangan lupa untuk minta restu daripada kedua ayah dan bonda sebelum datang semuala ke UiTM Dungun kerana berkat doa mereka akan menjadi pendorong kejayaan kita semua. 

Bagi yang tidak dapat pulang, mungkin untuk study sebelum final atau terpaksa untuk tidak pulang kerana "Presentation Final Project" terutama untuk student Part 6, semoga berjaya menyiapkan projek anda semua.. Ini kerana projek anda semua akan dijadikan bahan pameran sempena FKE open day.. 
Sebelum berundur, diharap kepada semua student EE dapat membuat persediaan yang rapi untuk final nanti... Semoga result student EE meningkat pada semester ini.. Wassalam...

04 April 2009

Dinner EESA 09'




Salam. Tahniah diucapkan kepada Syazwan and the Gangs (bdk2 part 2) yang telah berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam EESA. Dengan bertemakan EESA - The Smart Strange, para pelajar FKE dengan segak bergaya and anggun menggayakan pakaian dengan warna merah dan hitam. Majlis berjalan dengan lancar dan para penonton turut gembira dengan persembahan dan juga makanan yang disediakan.. Majlis yang diselang-seli dengan persembahan nyata menarik perhatian penonton apabila ramai bakat-bakat terpendam meluahkan bakat mereka beraksi pada malam tersebut. Ternyata persembahan dari pelajar part1, part 2 dan part 6 serta kumpulan nasyid Al-Aqsa mendapat tepukan gemuruh. Dari segi "gimmick" iaitu prince & princes serta smart guy & girl juga mendapat pujian. Tahniah diucapkan kepada penganjur yang bersusah payah dalam menjayakan majlis ini.

p/s - gambar dan video akan diupload dari semasa ke semasa, sila lihat Picasa Web Album EESA untuk mendapatkan gambar Dinner EESA.
Kepada sesiapa yang ingin gambar mereka diupload ke Webalbum bolehlah menghubungi admin  - 013 - 999 8013.. Tqvm

29 March 2009

Jadual Final Exam.

Untuk makluman semua, jadual peperiksaan akhir dec 08- may 09, telah keluar dan boleh diakses melalui i-student portal. klik sebelah kiri browser seperti gambar ini. 


Jangan lupa untuk print slip peperiksaan, tapi sila login istudent portal dahulu.. kemudian klik pada Examination Slip sebelum print.

09 March 2009

Tahniah!

  Sekalung tahniah diucapkan kepada En. Aziz yang telah 
dipilih menjadi pensyarah lelaki terbaik sempena MAKA sesi 1 2009 (Malam Anugerah Kecemerlangan Akademik) atas usaha yang berterusan dan berdedikasi dalam menjadi pendidik di UiTM Terengganu... Kami sebagai warga FKE UiTM Dungun sangat bangga dengan kejayaan yang dikecapi ini.

Recreational Coupled Day

Tarikh: 12 & 13 Mac 2009

Tempat: Stadium Gemilang, UiTM Terengganu.
Aktiviti: Futsal (siswa, siswi dan pensyarah)
Badminton (siswa, siswi dan pensyarah)

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada pelajar dan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik sahaja.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Tidak mengidap sebarang penyakit kronik.
Futsal
  • 8 orang sepasukan.
  • Yuran penyertaan RM4.
Badminton
  • Regu
  • Digalakkan membawa raket sendiri.
  • Yuran penyertaan RM2.
Penyertaan adalah terhad !!! Hadiah menarik dan LUMAYAN menanti pemenang...

Borang penyertaan boleh diperolehi dari:
  • Fadzlin - RD1 / 314 - 013 299 3971
  • Amirul Izzat Mat Zain - TGB 109 - 013 997 6805

07 March 2009

Takziah..

Salam, takziah diucapkan kepada saudari Ziemah (Part 6)  dengan kembalinya Allahyarham Ayahandanya dalam satu kemalangan di Kuala Terengganu pagi tadi. Diharap semua pelajar dan pensyarah dapat mensedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.. Semoga rohNya ditempatkan dikalangan wali-wali Allah dan mendapat rahmat daripada ALLAH S.W.T.. Takziah Ziemah..

05 March 2009

Update: FKE Open Day - Day 2

Some pics captured on the second day...



04 March 2009

EESA Web Album


Salam, introducing a brand new picasa web album for our blog at http://picasaweb.google.com/eesa.uitm .  This web album will display pictures for every activities organized by FKE and EESA, so feel free to view this web album, maybe your pics are there with name tag. =)...

Some pics were taken at FKE Open Day - Day 1


01 March 2009

ATTN to all FKE's Students

Interesting with this blog, need to announce somethings, want to place ur class pics or have any ideas or doubts in your mind. Feel free to contact me at musyma@gmail.com or eesa.uitm@gmail.com or sms/call at 013-999 8013..

I'll will let your dreams to be reality... =)

#Don't forget to be a member for this blog although u already an EESA alumnist..
#Lecturers are welcome to give comments and ideas..
#This blog is a community blog to announce the activity and event for EESA, strictly no commercial spam, post, banner or anythings related to it. If found, your ip and user name will be BANNED!

FKE's OPEN DAY




Feed bored in weekend??? Let's join the FKE open day that will be held on 4 till 6 march 2009.
The main place is infront of FKE block (13 and 14 block).
There are many interesting activities waiting for you, i.e; RUSH HOUR is such an Amazing Race.
It's so easy to be the winner. Just complete the given tasks within the time, and u're the winner. The more faster, the more chances to be the winner..
So, lets grab this opportunity..

T&C
  1. Open to all UiTM Student
  2. FREE participation
  3. LIMITED to 10 groups only
  4. One group CONSISTS of 3 to 5 person
  5. Amazing prizes for the WINNER
  6. Due date for REGISTRATION is on 4 March 2009
  7. Event will be held on 6 March 2009
#Merit and certificates will be given
#Contact persons
  1. Irma - 013 994 1898
  2. Epy - 012 728 5427
  3. Jeff - 017 792 5956
Proudly organized by FKE UiTM Dungun, Terengganu.

Malam Nostalgia EESA

Malam Nostalgia EESA merupakan majlis makan malam (DINNER EESA) yang diadakan pada setiap semester yang bertujuan untuk meraikan perpisahan pelajar2 part 6 dan mengeratkan hubungan para pelajar dan pensyrah. Secara tradisinya, program ini akan dianjurkan oleh pelajar2 part 2... Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menjalankan majlis ini dan telah dirancang seperti berikut;


Tema: EESA - The Smart Strange
(Red & Black)
Tarikh: 3 April 2009 (Jumaat)
Tempat: Dewan Aspirasi
Bayaran: RM30

Perjalanan aktiviti:
  • Ucapan
  • Dedikasi lagu dan ucapan
  • Anugerah pelajar
  • Cabutan bertuah
  • Persembahan
#Merit disediakan
#Bayaran hendaklah dijelaskan kepada class rap masing-masing selewat-lewatnya 7 Mac 2009.

#contact person
  • Khairul - 013 913 8652 (GM1 /119)
  • Raihan - 013 930 8750 (RD2 / 209)
Diharap semua pelajar dapat menyertai majlis makan malam ini, walaupun terpaksa membayar sebanyak RM30, tetapi aktiviti dan ikatan ukhuwah antara pelajar dan pensyarah lebih penting dari wang ringgit dan harta benda.. =)

p/s part 6 bayar kepada Hazim (mat jep) RM25 je.. sila bayar secepat mungkin untuk memudahkan urusan pihak penganjur..

26 February 2009

EE Juara Festival Nasyid GEMA.

Assalamualaikum, tahniah diucapkan kepada para pelajar yang mewakili Fakulti EE yang menjadi JOHAN Festival Nasyid GEMA yang telah diadakan pada 26 Februari 2009. Dengan semangat yang jitu dan latihan yang tidak mengenal erti penat lelah, seramai 7 orang pelajar FKE berjaya mengharumkan nama FKE. Senarai nama peserta akan dimaklumkan kemudian. Video nasyid juga akan diupload kemudian. harap maaf dan tahniah kepada juara kita. =)




p/s click on the slide show to view full album at Picasa Web Album.





Welcome to EESA UiTM Dungun blog..

Assalamualaikum dan selamat datang ke Blog EESA UiTM Dungun, Terengganu.

Blog ini adalah inisiatif daripada MT EESA yang komited dalam menyebarkan maklumat-maklumat semasa dan berkaitan dengan Fakulti Kejuruteraan Elektrik ( Elektronik dan Instrument) UiTM Dungun. Diharap blog ini memberi respon yang berguna kepada anda. Segala maklumat semasa, aktiviti-aktiviti yang akan dan telah dijalankan akan dipaparkan dalam blog ini. Semoga blog ini menjadi tempat untuk semua pelajar, pensyarah dan orang ramai berinteraksi dalam memajukan pendidikan negara. Sekian, terima kasih.